Wednesday, May 23, 2007

Lawak Hari Ini - 3 kali je~

Pada satu malam, ada pasangan yang
agak berumur sedang makan malam
dengan romantiknya bagi menyambut
ulangtahun perkahwinan mereka yang
ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas
ahli politik mula bercerita tentang nostalgia
mereka suami isteri, sekian lama hidup
bersama, suka duka, susah dan senang.
Si suami memang menyanjung isterinya,
bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka
duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyayangi Maria, tapi ada
satu perkara yang asyik bermain-main
di benak abang ni dan abang selalu
bertanya-tanya. Berterus-teranglah
dengan
abang pada malam ni, pernah tak Maria
curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan
merenung panjang muka suaminya itu,
lalu
berkata dengan penuh kekesalan, "Ya
abang, Maria mengaku pernah curang
dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja
selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut,
tapi tak la marah, dah tua dah dan
memang berniat untuk memaafkan
isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3
kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula
membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan
masa kita mula-mula kawin, terus beli
rumah dan selang beberapa tahun, kita
susah sangat masa tu hingga rumah kita
hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab
si suami. Si isteri menyambung cerita,
"Abang pasti ingat yang pada satu
petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank
tu dan esoknya, bank tu tak jadi
rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman
untuk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima
kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yang maria buat tu untuk
masa depan kita jugak", kata si suami,
" Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui
maut sebab ketumbuhan dalam otak
pembedahan?" si isteri menyambung
cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami.
"Kalau macam tu, abang pasti ingat
yang Maria ada pergi jumpa doctor pakar
tu dan esoknya, dia setuju buat
pembedahan untuk abang tanpa bayaran
apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini
mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria
sebab apa yang maria buat tu untuk
masa depan kita jugak dan kerana sayangkan
abang jugak.. yang kali ke 3 macam
mana pulak? ", kata si Tan Sri.

Si isteri
menundukkan mukanya dan menjawab penuh
lemah, "Abang, ingat tak masa
abang bertanding merebut kerusi
bahagian dan abang perlukan 248 undi
lagi....
"

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

p/s : bini die kaki belit laa..3 kali konon..tuh dah kire 250 kali curang..gagaga

No comments: