Thursday, July 05, 2007

kisah benar~

something to share...
copy & paste it from my email..


Assalamualaikum.Nama
saya Mohd
Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang
menuntut di salah sebuah universiti di negara
matahari terbit,Jepun.Saya ingin berkongsi
pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian
dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada
masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya
sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang
budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi.Dua
beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana
bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu
kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya
tinggal berdua saja maka hubungan di antara
Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat
sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan
cuba
dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar
menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia
mendapat biasiswa dan memasuki Meiji
University
Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula
beruba! h dan selalu tidak menelefon atau pulang ke
rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian
di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san
telah mengambil keputusan untuk datang ke
Tokyo
untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika
itulah satu perkara yang menginsafkan saya
berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya
sendiri.Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu
universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya
tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya
yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun
berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata
anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang
berang mendekati emaknya dan berkata "Makcik ni silap
orang la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika
itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi
masih mampu mengawal air mata.Maciko-san memegang
tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak
bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong
perasaan malunya telah menolak emaknya ! ke arah
jalan raya dan dilanggar kereta.
Saya berasa sungguh sedih dan
cuba
untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya
berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas
saya mengambil remote controller dan menukar ke
siaran yang lain.

Diharap para pembaca tidak berasa marah dan
tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana
penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah
kerana membuat lawak dengan muka serius.

13 comments:

Sunan_Jati said...

wahahahahah...
nak kena nih!

hOtMaMa said...

hampess tul... buat penat aku baca jerk!!

Ceera said...

haihhh.. menyosal den baca...

Intan and The Boys said...

tipah tertipu bang!!!!

Yours Truly ... XOXO said...

ehehehehhe ... org da emo ye ye nih...skali kene tipu...adoi.. ;P

ray said...

terima kasih kerna sudi memukul en mohd azman sehingga muntah darah!!! siyot jerk!!! karipap sunggoh citer ni! wa dah bajet nk menitiskan air mate jantan wa tadi!!!

Peej said...

sunan_jati,
jangan la..saya dah terkene dah pun..dah la email nih dpd mak sendiri..so x bole la nak kenekan balik..nanti jadi anak derhaka lak..hahahah..

hotmama,
i pun penat baca semalam okay..so i bg la korg pulak penat..

ceera,
nyosal dolu pondapatan,nyosal komudian tiado gunonyo..gagaggagaga

kurekure,
salah tuh.."kure kure tertipu bang..kure kure tertipu"..haaaa..baru betul..

xoxo,
emo kan??i pun emo..ye la..tanggang pun paling teruk bg man die naik sampan..so still ok la..nih siap kene langgar kete..keji..

hopelessromanticguy,
karipap??sedap jugak tuh..tp aku lagi suka kalau kau gelarkannyer apam manis..hueh hueh hueh..

Sunan_Jati said...

ooo...
ada lori ada bus...
ada tiket baru bleh naik!

DiaHarris said...

wakenabeb!!!
wa kena!!!
cisssss17x

13may said...

ceh!!!!
serius ajer aku baca...last2 kena kecoh...!!!

hmmm...meh aku nak cucuh api rokok kat en. azman tuh...hahha

Peej said...

sunan_jati,
ade bus x payah tiket laaa..naik je..pastuh masukkan duit kat kotak tuh..bas pun jalan~..heheh

diaharris,
la la la~ best kan??

13may,
kasi habis itu rokok dulu baru boleh cucuh...kalau x rugi babe..rokok mahaiii..

Diana Ishak said...

ko la orang kesebelas menerima carutan berganda dari aku hari ni.
Ampunkan dosaku Ya Allah...

Peej said...

green apple,
tidak terniat dihati ku membuatkan kau mencarut..
hanya kau reason utk tergelak.hahahha..

Ya Allah ampunkanlah dosa green apple..~